February 21, 2016

Dua sepupu temui ajal serentak

IPOH – Dua sepupu maut serentak dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Ulu Kuang, Tanah Hitam berhampiran Kampung Jasa di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, Muhammad Amirul Hafiz, 13, dan Ashraf Fikrie Abdullah, 10, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Chemor.

Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Ipoh, Deputi Superintendan Wan Shaharuddin Wan Omar berkata, kejadian berlaku apabila motosikal jenis Suzuki Best yang ditunggang oleh Muhammad Amirul sedang dalam perjalanan dari Ulu Kuang menghala ke Chemor.

“Motosikal berkenaan difahamkan telah memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan MPV jenis Naza Citra yang dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun.

“Lelaki berkenaan gagal mengelak sebelum merempuh motosikal mangsa dari arah bertentangan menyebabkan kedua-dua sepupu itu terjatuh daripada motosikal,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kosmo 21 Feb 2016

0 comments:

Post a Comment