February 29, 2016

Dua remaja lelaki lemas mandi kolam

Bomba berusaha berusaha menyelamatkan mangsa sebelum disahkan meninggal dunia.

TAWAU - Dua remaja lelaki dilaporkan lemas ketika mandi di sebuah kolam dalam kejadian di Kampung Hidayat, Jalan Apas di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 7.50 pagi itu, mangsa pertama dikenali Binhar Tattah, 19 ditemui oleh orang awam dan disahkan meninggal dunia akibat lemas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Mohd Razali Awang Ahmad berkata, mangsa kedua iaitu Haikal Daniel, 13 pula ditemui oleh pasukan penyelamat kira-kira pukul 8.40 pagi.

"Tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik pasukan menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.58 pagi," katanya di sini sebentar tadi.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa mandi bersama tiga lagi rakan mereka. - K!ONLINE

29 Feb 2016

0 comments:

Post a Comment