February 22, 2016

Dua penunggang maut, dua lagi parah

Zulhaq Mohd Ghauth, 20, yang maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 6, Jalan Bahau-Juasseh, berhampiran Kampung Kuala Jempol, awal pagi tadi. Gambar kecil keadaan motosikalnya yang remuk. - FotoAMRAN YAHYA

Bahau: Dua terbunuh maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan empat motosikal di Kilometer 6 Jalan Bahau-Juasseh, berhampiran Kampung Kuala Jempol di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam kejadian jam 2.20 pagi itu, dua motosikal dua dari arah Juasseh bertembung dengan dua motosikal dari arah Bahau.

“Dua penunggang yang maut dikenali sebagai Zulhaq Mohd Ghauth, 20, dari arah Juasseh dan Kharul Azizi Abdullah, 19, dari arah Bahau.

"Muhamad Shahdan Zahari, 22, dan Mohd Norakhir Abdullah yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah, untuk rawatan," katanya.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

myMetro 21 Februari 2016





0 comments:

Post a Comment