February 19, 2016

Dua maut, empat cedera



ANGGOTA bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit. FOTO ihsan Bomba

Sarikei: Dua maut manakala empat cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 20 Jalan Sarikei-Saratok di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 11 pagi itu, lelaki berusia 42 tahun bersama wanita yang belum dikenal pasti maut, manakala, dua wanita dan dua kanak-kanak lelaki dan perempuan cedera.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Suna Kaha berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.15 pagi berhubung kejadian itu.

Menurutnya sepasukan anggota bomba daripada Balai Bomba Sarikei dikerahkan ke lokasi dan mendapati mangsa lelaki tersepit dan sudah meninggal dunia.

"Seorang wanita dikeluarkan orang awam, bagaimanapun meninggal dunia di Hospital Sarikei," katanya.

Katanya, semua mangsa yang terlibat menaiki kereta Perodua Viva manakala mangsa lain yang menaiki Proton Saga dan Toyota Hilux tidak mengalami kecederaan.

"Semua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sarikei untuk rawatan lanjut," katanya.

myMetro 19 Februari 2016


Dua beranak maut kemalangan

SARIKEI – Dua beranak maut manakala empat yang lain cedera parah apabila kereta yang dinaiki mereka sekeluarga terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 20 Jalan Sarikei-Saratok di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, pemandu kereta Pe­rodua Viva, Edward Melina Kadam, 42, bersama ibunya, Margaret Mprum, 60-an, meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua wa­nita serta masing-masing seorang kanak-kanak lelaki dan pe­rempuan mengalami ke­­­ce­deraan parah.

Bagaimanapun, pemandu dan penumpang dua lagi kenderaan terbabit iaitu kereta Proton Saga dan kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux tidak me­ngalami sebarang kecederaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Farhan Sufyan Borhan berkata, kejadian dipercayai berpunca apabila kereta Perodua Viva dari arah Saratok ke Sarikei itu hilang kawalan lalu bertembung dengan sebuah Toyota Hilux dari arah bertentangan.

Katanya, kereta Proton Saga di belakang Toyota Hilux tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang kenderaan 4WD ber­kenaan.

Kosmo 20 Feb 2016



0 comments:

Post a Comment