February 8, 2016

Dua dikhuatiri lemas

Keadaan di tempat kejadian. FOTO Khalid Latip

Sarikei: Dua lelaki dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di Pantai Belawai, Tanjung Manis di sini, 5.45 petang tadi.

Setakat 7 malam tadi, kedua-dua mangsa yang berusia 17 dan 26 tahun masih belum ditemui, manakala seorang rakan lelaki berusia 26 tahun yang mandi bersama mereka sebelum kejadian terselamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah Zakaria Aini berkata, identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan memaklumkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) giat dilakukan.

"Kita menerima panggilan memaklumkan kejadian itu kira-kira 5.45 petang.

"Berikutan itu, sebuah jentera beserta empat anggota ke tempat kejadian," katanya.

Katanya, operasi SAR tertumpu di sekitar kawasan pantai terbabit, termasuk di lokasi kedua-dua mangsa dilaporkan kelihatan sebelum hilang.

myMetro 8 Feb 2016


Mayat dua mangsa lemas di Pantai Belawai ditemui


Mayat kedua, Armi Armira, ditemui kira-kira satu kilometer dari lokasi lemas tengah hari tadi. - Foto KHALID LATIP

Sarikei: Mayat dua lelaki yang lemas ketika mandi di Pantai Belawai di sini, Isnin lalu, ditemui di dua lokasi berasingan sebentar tadi.

Mayat Mohd Anis Tazudin, 16, ditemui jam 7.45 pagi di tebing Sungai Tanjung Rebujok, kira-kira 15 kilometer dari Pantai Belawai manakala Armi Armira Pendita, 27, ditemui kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian jam 12.45 tengah hari tadi.

Kedua-dua mayat diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Sarikei.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan sebaik kedua-dua mayat ditemui.

myMetro 10 Feb 2016




0 comments:

Post a Comment