February 8, 2016

Dua beranak maut nahas


Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang maut dalam kemalangan di jalan Felda palong 21 ke Muazzam, semalam.

JEMPOL - Dua beranak maut manakala tujuh termasuk seorang bayi cedera apabila terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 35 jalan Bahau – Keratong, petang semalam.

Kemalangan yang berlaku kira- kira jam 3.35 petang itu membabitkan kereta jenis Perodua Alza dan  Perodua Kancil.

Nahas tersebut menyebabkan pemandu Perodua Kancil, Yong Juhanerah Khalid, 32, dan anaknya, Airil Zakqwan Azmi, 9, maut di tempat kejadian.

Manakala tiga penumpang Perodua Kancil yang cedera dikenali Aliff Zaffwan, 7, Aleya Zafrina, 5, serta Aidil Zafarhan, 3.

Turut cedera, pemandu Perodua Alza, Md Azwan Md Yusof, 33, isterinya, Rozianah Abdul Jalil, 32, serta anak mereka, Nor Isdiana, 7, dan Isdahin Irfan 7 bulan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, berdasarkan siasatan awal, kereta dipandu Yong Juhanerah bersama empat anaknya menghala ke Keratong hilang kawalan dan berpusing di atas jalan raya, sebelum merempuh Perodua Alza yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat rempuhan itu, pemandu dan seorang penumpang Perodua Kancil maut dan mangsa lain cedera. Kesemua mereka dihantar ke Hospital Jempol,” katanya.

Noorzainy berkata, punca kejadian masih dalam siasatan polis di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sinar Harian 6 Februari 2016

0 comments:

Post a Comment