February 29, 2016

Cinta hampa

REMAJA perempuan cuba terjun dari permainan buaian roda di tapak pesta ria, kelmarin.

Tawau: Suasana tenang di tapak pusat pesta ria di bandar ini bertukar kecoh selepas seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dilihat seolah-olah cuba terjun daripada buai roda ferris setinggi hampir enam meter, jam 5 petang kelmarin.

Remaja terbabit menaiki permainan itu sebelum berdiri di palang besi buaian dan dilihat seolah-olah mahu terjun.

Kejadian berlaku hampir 20 minit sebelum remaja terbabit dipujuk anggota polis dan bomba untuk turun.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia 36 tahun yang juga ibu kepada remaja terbabit.

“Ia dipercayai berpunca akibat perselisihan faham di mana kononnya ibu remaja terbabit cuba menyekat kebebasan remaja itu untuk bersama teman lelaki.

myMetro 29 Februari 2016




0 comments:

Post a Comment