February 16, 2016

Cemburu sampai bakar teman wanita

Johor Bahru: Seorang penganggur lelaki berusia 31 tahun ditahan polis di sini semalam, selepas dipercayai membakar teman wanitanya, Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamarulzaman Mamat berkata suspek yang mempunyai empat rekod jenayah lampau termasuk berkaitan dadah, ditahan di sebuah rumah di Jalan Teratai, Taman Johor Jaya, kira-kira 5 petang.

"Kami dapati ada kesan terbakar pada tangan dan kakinya dipercayai akibat kejadian itu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Khamis lalu, teman wanita suspek melecur 40 peratus pada badan dipercayai dibakar lelaki itu menggunakan minyak tanah di sebuah premis berhampiran sebuah pasar raya di Pandan Seri Alam, di sini kira-kira 11.30 pagi Khamis.

"Suspek dikatakan bertindak demikian kerana cemburu dan wanita itu kini masih tidak sedarkan diri dan sedang dirawat di Hospital Sultan Ismail," katanya.

Menurutnya, suspek ditahan reman tujuh hari bermula hari ini hingga 21 Februari.

myMetro 15 Februari 2016

0 comments:

Post a Comment