February 25, 2016

Budak parah diserang anjing liar

WADI AR RAYAAN kini dirawat di Hospital Colombia selepas menerima 10 jahitan pada kepala, retak tulang akibat diserang anjing liar pada Ahad lalu.

KAJANG – Seorang kanak-kanak berusia dua tahun cedera parah selepas diserang sekumpulan anjing liar berhampiran Kompleks Bas Rapid di Cheras Selatan, Ahad lalu.

Mangsa, Wadi Ar Rayaan Ahmad Suwadi kini dirawat di Hospital Colombia, Cheras selepas menerima 10 jahitan pada kepala selain retak tulang bahu.

Bagaimanapun, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Menurut ibu mangsa yang enggan dikenali, kejadian berlaku kira-kira pukul 7 pagi ketika suami­nya
me­nunggang motosikal bersama anak tunggalnya ke kompleks itu atas urusan kerja.

Kosmo 24 Februari 2016

0 comments:

Post a Comment