February 25, 2016

Budak dilarikan bersama kereta


PASIR PUTEH – Sepasang suami isteri melalui detik cemas apabila anak lelaki mereka yang berusia empat tahun dilarikan penjenayah bersama kereta mereka di Pantai Pachakan, Semerak di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 petang itu, mangsa, Muhammad Haris Suhawazi sedang nyenyak tidur di tempat duduk penumpang belakang kereta Proton Waja ditemani ibunya, Nurul Baizura Baharun, 26.

Nurul Baizura dikatakan menemani suami serta adik ipar­nya memancing ikan gelama di pantai berkenaan.

Kosmo 25 Feb 2016


Adik tak menangis pun! 

SUHAWAZI mendukung Muhammad Haris yang dilarikan. Gambar kanan, anggota polis bersama Abdul Rozak mencari bukti di kereta yang dilarikan. 

Pasir Puteh: “Adik tak nangis (ketika dilarikan). Mereka pun beri adik makan kuih,” kata Muhammad Haris Suhawazi, 4, kanak-kanak yang dilarikan bersama kereta milik bapanya ketika berkelah di Pantai Pachakan, Tok Bali, di sini, jam 6.50 petang kelmarin.

Bagaimanapun, selepas hampir lima jam dilarikan, Muhammad Haris ditinggalkan dua daripada tiga individu yang melarikannya di tepi jalan dekat sebuah stesen minyak di Jalan Bypass, di sini, pada jam 11.15 malam.

Kereta Proton Waja milik bapanya, Suhawazi Suhaimin, 42, pula ditemui pada jam 12.30 tengah malam di Jelawat, Bachok, kira-kira 20 kilometer dari Pantai Pachakan.

Ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh di sini, semalam, Muhammad Haris yang masih trauma susulan kejadian itu dilihat berada dekat di sisi ahli keluarganya.

Malah, anak bongsu daripada lima beradik itu juga hanya membuka mulut untuk menceritakan insiden yang berlaku apabila ditanya Suhawazi.

myMetro 25 Februari 2016

0 comments:

Post a Comment