WANITA terbabit dihantar ke HTAR untuk rawatan lanjut. FOTO ihsan bomba
Shah Alam: Wanita cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat atas rumah dua tingkat diselamatkan bomba dalam di Setia Alam, di sini, tengah malam tadi.
Difahamkan, wanita berusia 30 tahun itu bertindak sedemikian kerana mempunyai masalah dengan teman lelakinya selain mogok lapar seharian.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, mangsa dipujuk anggota bomba yang menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 12.51 tengah malam.
Katanya, wanita berkenaan mengugut untuk terjun dari tingkat atas rumah dua tingkat namun selepas dipujuk dia akur dan menyerah diri.
"Wanita terbabit dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang menggunakan ambulan Unit Kecemasan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan (ERMS) untuk rawatan lanjut," katanya.
myMetro 14 Februari 2016
0 comments:
Post a Comment