February 20, 2016

Bomba guna pengusung khas


IHSAN Bomba dan Penyelamat

Klang: Lelaki yang mengalami masalah obesiti terpaksa diangkat menggunakan khidmat khas anggota Bomba dan Penyelamat (JBPM), pagi ini.

Lelaki 49 tahun yang mempunyai berat kira-kira 200 kilogram itu dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) selepas tidak sedarkan diri di bilik restoran di Bandar Baru Klang, kira-kira 10 pagi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya diminta memberikan bantuan kepada petugas HTAR untuk mengangkat pesakit itu ke dalam ambulans.

"Khidmat Bantuan Khas yang membabitkan enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang itu diberikan bagi memudahkan proses pemindahan pesakit terbabit.

“Proses selesai tanpa sebarang masalah selepas lelaki itu diangkat dengan pengusung khas," katanya.

myMetro 20 Februari 2016



0 comments:

Post a Comment