February 25, 2016

Bomba berjaya kawal kebakaran hutan

Anggota bomba memadam kebakaran di Bukit Bintang Hijau, Kampung Baru Basong, Hulu Kerian, Selama. FOTO ihsan bomba

Selama: Bomba berjaya mengawal kebakaran hutan seluas 2.43 hektar di Bukit Bintang Hijau, Kampung Baru Basong, Hulu Kerian, di sini, yang hampir merebak ke kawasan pencawang elektrik bervoltan tinggi.

Dalam kejadian 11 pagi tadi, kebakaran dipercayai bermula dari bahagian atas bukit sebelum merebak sehingga ke kawasan bawah bukit itu yang terletak 600 meter dari penempatan penduduk.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Selama berkata, pihaknya menerima panggilan pada 11.50 pagi sebelum sepasukan anggota bomba tiba dan membuat pemantauan dari puncak bukit itu.

Katanya, pemantauan dilakukan mendapati masih terdapat api serta bara di kawasan itu yang dikhuatiri merebak ke kawasan pencawang elektrik bervoltan tinggi.

"Anggota bertindak pantas untuk menghalang api serta bara yang masih ada daripada merebak kerana pencawang elekrik bervoltan tinggi terletak sangat dekat dengan kawasan kebakaran.

"Keseluruhan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya dan operasi tamat pada 4.30 petang," katanya.

myMetro 25 Februari 2016

0 comments:

Post a Comment