February 19, 2016

Berteman anai-anai

AZMI (tiga dari kiri) melihat rumah mangsa yang uzur.

Kota Bharu: Sepasang semua isteri terpaksa tinggal di rumah yang reput akibat dimamah anai-anai di Kampung Belimbing, Pasir Tumboh, di sini, akibat kesempitan hidup.

Mek Zainab Omar, 57, berkata, dia dan suami, Mohd Ismail Abdul Kadir, 69, memperoleh pendapatan antara RM10 hingga RM15 sehari hasil ternakan 50 itik berkenaan yang diusahakan di halaman rumah.

“Itu pun bergantung kepada pembeli. Kadangkala telur tidak banyak tapi cukuplah untuk tampung makan minum kami.

“Suami saya tidak mampu lagi bekerja selepas diserang angin ahmar sembilan tahun lalu. Sebelum itu dia bekerja kampung manakala saya perlu menjaga adik perempuan yang juga orang kurang upaya (OKU) Zariah Omar, 51,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Terdahulu, tiga sekeluarga itu menerima kunjungan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Azmi Osman dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu Zaini Bidin yang menyampaikan sumbangan di bawah projek Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Di bawah projek itu, bomba dan penyelamat membantu membaik pulih rumah keluarga itu selepas peruntukan diperoleh dijangka April depan.

Mek Zainab berkata, dia bersyukur ada pihak prihatin mahu membantu membaik pulih kediaman pusaka itu memandangkan dia sekeluarga tidak berkemampuan.

Dia yang tidak dikurniakan cahaya mata berkata, hanya bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk adiknya diterima setiap bulan sebanyak RM200.

myMetro 17 Februari 2016



0 comments:

Post a Comment