February 3, 2016

Bekas Speaker Perak meninggal dunia

Ipoh: Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Datuk Seri Junus Wahid, 72, meninggal dunia di Hospital KPJ Ipoh, jam 10.10 pagi tadi, akibat barah prostat.

Allahyarham yang pernah menjadi EXCO kerajaan negeri dan juga bekas Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, meninggalkan seorang balu Datin Seri Insah Daharun, 68, dan lima anak perempuan berusia antara 36 hingga 45 tahun.

Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Khusairi Talib berkata, dia menerima panggilan telefon daripada isteri Allahyarham kira-kira 10.30 pagi tadi memaklumkan berita sedih itu.

Menurutnya, Insah memaklumkan suaminya meninggal dunia akibat barah prostat yang sudah merebak sehingga menjangkiti tulang.

"Saya mewakili UMNO Bahagian Tanjung Malim mengucapkan takziah kepada keluarganya dan amat sedih atas pemergiannya kerana Allahyarham banyak berjasa kepada rakyat dan negeri Perak sepanjang pembabitannya dalam politik," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia di sini selepas solat Asar.

myMetro 3 Februari 2016

0 comments:

Post a Comment