February 25, 2016

Bekas Setiausaha AMK maut kemalangan

KEADAAN kereta milik mangsa selepas terbabit dalam kemalangan. FOTO ihsan Bomba

Batu Pahat: Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) maut dalam kemalangan di Kilometer 99.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Yong Peng, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, mangsa, SD Mohammad Johari Yasin, 44, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di badan dan kepala.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa bersama rakannya, Noorazly Ja'Alam, 41, dipercayai sedang dalam perjalanan dari arah Johor Bahru menghala ke Kuala Lumpur.

“Bagaimanapun ketika melalui lokasi kejadian,kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar pembahagi jalan. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya hanya cedera ringan.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di sini untuk bedah siasat. Kes kemudian disiasat mengikut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

myMetro 25 Februari 2016

0 comments:

Post a Comment