February 8, 2016

Bapa Fazley Yaakob meninggal dunia

FOTO ihsan Datuk Fazley Yaakob

Kuala Lumpur: Bekas Setiausaha Kerja UMNO dan Barisan Nasional (BN) Datuk Yaakob Mohammad meninggal dunia awal pagi tadi.

Anak Allahyarham yang juga selebriti Datuk Fazley Yaakob melalui status Facebook memberitahu, bapanya kembali ke Rahmatullah dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan Allahyarham.

"Mohon maaf jika ada salah dan silap beliau, sekiranya ada terkasar bahasa dan perbuatan selama tempoh anda pernah bersama beliau, mohon dihalalkan makan minum beliau juga. Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan roh beliau. #AlFatihah," katanya hari ini.

Jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kiara jam 10 pagi selepas disembahyangkan di Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq di sini.

Allahyarham pernah dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

myMetro 8 Februari 2016



0 comments:

Post a Comment