February 29, 2016

Anak mohon orang ramai kesan ayah tidak kuat ingatan


KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga emas, Ali Ismail, 67, yang mengalami masalah ingatan tidak kuat dilaporkan hilang dari rumahnya di Taman Medan, Petaling Jaya dekat sini sejak Jumaat lalu.

Kehilangan lelaki tersebut disedari salah anak bongsu mangsa, Norlidah Ali, 37, yang baru pulang dari tempat kerja kira-kira pukul 7 malam apabila mendapati dia tiada di dalam rumah.

Anak mangsa, Mohd. Hisham Ali, 38 memberitahu, ayahnya kali terakhir dilihat keluar dari rumah oleh jiran mereka kira-kira pukul 3 petang Jumaat tersebut dengan memakai baju kemeja lengan pendek warna coklat berpetak.

“Kami sekeluarga melakukan usaha mencari ayah di sekitar Taman Medan dan taman-taman berdekatan namun masih belum berjaya menemuinya. Hebahan mengenai kehilangan ini juga telah ditampal di sekitar Petaling Jaya, Selangor termasuk di KL Sentral.

“Iklan dalam laman sosial Facebook juga dipergiatkan selain mencari di pusat gelandangan di Jalang Pahang, Kuala Lumpur dan hospital-hospital awam seperti Hospital Serdang, Hospital Kuala Lumpur, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Klang,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Bimbang dengan keselamatan ayahnya, Hisham telah membuat laporan polis di Balai Polis Petaling Jaya pada pukul 12.34 tengah malam kelmarin.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya membantu mengesan ayahnya dan dia boleh dihubungi melalui talian 0192557246. - K! ONLINE

29 Feb 2016

0 comments:

Post a Comment