February 3, 2016

Ajal Tok Siak muda

Hamat Mustaqim meninggal dunia di tempat kejadian. FOTO ihsan pembaca

Kota Bharu: Tok Siak maut dalam kemalangan membabitkan motosikal, kereta dan pacuan empat roda di hadapan Balai Bomba Ketereh, di sini, 12.15 tengah malam tadi.

Mangsa, Hamat Mustaqim Zukefele, 25, menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya berdekatan dengan lokasi kejadian.

Mangsa, Tok Siak di Masjid Aisyah Kok Lanas, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, mangsa dari Kota Bharu menghala Ketereh dipercayai cuba memotong Toyota Hilux di hadapannya sebelum tergelincir dan rebah di laluan bertentangan.

Katanya, akibatnya motosikal mangsa berlanggar dengan kereta jenis Honda Jazz.

"Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua kenderaan itu rosak di bahagian hadapan dan mangsa maut di lokasi kejadian.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya di sini, hari ini.

myMetro 3 Februari 2016


Pemuda maut kemalangan selepas ikuti kuliah agama

KOTA BHARU - Seorang pemuda maut dalam nahas jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kok Lanas selepas mengikuti kuliah agama di Pengkalan Chepa, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian itu, kira-kira jam 12.15 pagi itu, mangsa Ahmad Mustaqim Zukefeli, 25, yang juga merupakan seorang tok siak di salah sebuah masjid di Kok Lanas, dalam perjalanan menghala ke Ketereh berada di belakang sebuah kenderaan Toyota Hilux.

Mangsa dipercayai tergelincir dari laluannya dan terjatuh ke laluan bertentangan dan menyebabkan kereta jenis Toyota Honda Jazz di laluan terbabit gagal mengelak dan terlanggar motosikal jenis Honda Ultiomo milik pemuda itu.

Akibat pelanggaran itu, mangsa terjatuh dia atas jalan raya dan meninggal dunia ditempat kejadian.

Kedua-dua kenderaan termasuk motosikal milik mangsa dan kereta Toyota Honda Jazz itu turut mengalami kerosakkan di bahagian hadapan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu mengesahkan menerima laporan kejadian.

Menurutnya, dalam kejadian itu, kedua-dua kenderaan dipercayai telah dialih daripada kedudukan asal dan setakat ini tiasa saksi bebas yang tampil.

“Mayat di bawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat dan dituntut keluarga untuk urusan pengebumian.

“Kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 untuk tindakan susulan,” katanya.

Sinar Harian 3 Februari 2016



0 comments:

Post a Comment