February 25, 2016

Ajal serangan jantung

Kepala Batas: Seorang lelaki yang dipercayai mengalami serangan jantung maut, sebelum kereta dipandunya terbabas lalu merempuh kenderaan lain di hadapan Pejabat UMNO Kepala Batas,di sini, petang tadi.

Kejadian berlaku pada 4.50 petang ketika mangsa Mokhtar Othman, 62, memandu Proton Wira dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Tasek Gelugor.

Menurut sumber, mangsa yang pernah menjalani pembedahan pintasan jantung dipercayai gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas dan berlanggar dengan Perodua Alza dipandu seorang wanita berusia 35 tahun.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas diketuai Penguasa Bomba Kanan II Abdul Aziz Ismail bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada 5 petang.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya berjaya mengeluarkan mangsa dalam beberapa minit dan pemeriksaan mendapati mangsa sudah meninggal dunia lalu diserahkan kepada polis.

myMetro 23 Februari 2016

0 comments:

Post a Comment