February 13, 2016

Ajal ke Shah Alam

Seorang remaja lelaki meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam longkang.

Shah Alam: Seorang remaja maut selepas motosikal ditungganginya terbabas ke dalam longkang di Persiaran Kerjaya, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.40 petang itu, Shamsul Aslan, 19, dipercayai dalam perjalanan dari Subang ke Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, mangsa cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Motosikal mangsa, Yamaha LC juga mengalami kerosakan teruk dan mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk dibedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, punca kejadian masih dalam siasatan dan orang ramai yang menyaksikan kemalangan diminta membuat laporan di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.

myMetro 12 Februari 2016





0 comments:

Post a Comment