February 22, 2016

Ajal bayi perempuan lima bulan

ANGGOTA polis membawa mayat Bong Min untuk dihantar ke Hospital Port Dickson. FOTO Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Bayi perempuan berusia lima bulan ditemui mati atas tilam dalam rumah neneknya di Taman Pantai Mas di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 11.50 pagi, Bong Min ditemui tidak sedarkan diri ketika neneknya mengejutkannya daripada tidur.

Bapa bayi itu, Bong Yeong, 34, ketika itu tiada di rumah sebelum bergegas pulang sebaik menerima panggilan daripada ibunya.

Sumber berkata, bapa mangsa kemudian menghubungi Klinik Kesihatan Lukut dan pemeriksaan mendapati bayi itu sudah meninggal dunia.

"Keluarga mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai polis Port Dickson. Mayat dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya," katanya.

myMetro 21 Februari 2016



0 comments:

Post a Comment