February 8, 2016

78 penduduk Kampung Pulau Kundor dipindahkan

Air pasang besar menyebabkan Kampung Pulau Kundor dilanda banjir. FOTO Betty Subaryati

Kota Bharu: Seramai 78 orang membabitkan 17 keluarga di Kampung Pulau Kundor di sini berpindah ke pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan ( SK) Pulau Kundor selepas rumah mereka dinaiki air akibat air pasang besar 8 malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Mukim Pulau Kundor Nik Aziz Nik Musa berkata, semua keluarga yang kebanyakkan nelayan terpaksa berpindah selepas air pasang besar melanda kampung mereka sejak petang tadi.

"Air pasang besar berserta angin kencang mula melanda kampung sejak petang tadi sehingga menyebabkan rumah berhampiran pantai dinaiki air.

"Melihat keadaan yang semakin serius, kami berpindah ke pusat pemindahan yang lebih selamat," katanya.

Pada 25 hingga 28 Januari lalu kampung sama turut dilanda fenomena sama sehingga memaksa penduduk berpindah.

myMetro 7 Februari 2016



0 comments:

Post a Comment