February 13, 2016

20 kenderaan dibocorkan tayar


Antara kenderaan yang dibocorkan tayar. FOTO ihsan PDRM

Cameron Highlands: Kira-kira 20 kenderaan yang diparkir menghalang laluan di sekitar pekan Brinchang, Cameron Highlands, dibocorkan tayar dipercayai dilakukan sekumpulan individu.

Dalam kejadian 3 hingga 5 pagi tadi , semua kenderaan itu dibocorkan tayar dipercayai menggunakan senjata tajam bagi mengeluarkan angin keempat-empat tayar kenderaan yang diparkir di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Muhammed Rizal Kamarudin berkata, hasil siasatan awal dijalankan berdasarkan keterangan saksi mendapati kesemua kenderaan itu dibocorkan tayar oleh sekumpulan lelaki.

Katanya, kesemua kenderaan itu dipercayai diparkir dalam keadaan menghalang laluan jalan dan tempat letak kenderaan di kawasan itu.

"Motif sebenar kejadian masih dalam siasatan dan polis sudah menerima sebanyak 11 laporan daripada pemilik sehingga jam 3 petang tadi.

"Rondaan cegah jenayah dijalankan polis sekitar jam 2 pagi tadi tidak mengesan sebarang aktiviti jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi.

myMetro 11 Februari 2016




0 comments:

Post a Comment