February 8, 2016

1,155 dipindahkan di Kuching

Suasana banjir di Taman Malihah dan pusat pemindahan di Dewan Serbaguna Taman Malihah. FOTO ihsan bomba

Kuching: Mangsa banjir di Taman Malihah, Matang, di sini, meningkat mendadak apabila sehingga 11 malam tadi seramai 1,155 penduduk daripada 247 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan banjir berbanding 217 penduduk dipindahkan di satu pusat pemindahan 9.30 malam tadi.

Seramai 1,126 penduduk daripada 239 keluarga ditempatkan di Dewan Serbaguna Taman Malihah, Matang, manakala seramai 29 penduduk daripada lapan keluarga ditempatkan di Dewan Sinaran Lumut, Matang

Penolong Pengarah Operasi Bomba Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata, jumlah mangsa banjir dipercayai akan terus bertambah sekiranya hujan berterusan di kawasan terbabit.

Menurutnya, Sungai Sarawak di kawasan Maliha, Matang menunjukkan paras 8.02 meter melepasi tahap bahaya 7.4 meter.

"Trend air mendatar, belum menunjukkan penurunan," katanya.

myMetro 7 Februari 2016



0 comments:

Post a Comment