January 31, 2016

Zikir alam lain

MASJID Jin terletak kira-kira lapan kilometer dari Pekan Sungai Besar.


MASJID yang kaya dengan ciri tradisional diisytiharkan sebagai khazanah warisan.

Sabak Bernam: Beralih tempat, terdengar suara berzikir, bunyi tapak kaki berjalan dan seperti diperhatikan antara pengalaman dilalui jemaah masjid lama di Kampung Panchang Bedena, dekat sini.

Masjid yang diberi gelaran penduduk setempat dengan nama ‘Masjid Jin’ itu dan mempunyai pelbagai kisah misteri sejak dibuka pada 1905 terletak lapan kilometer dari Pekan Sungai Besar.

Pengerusi Jawatankuasa Masjid Lama Panchang Bedena Shamsul Kamar Samad, 43, berkata, masjid yang usianya lebih 100 tahun itu sememangnya menampilkan keunikan tersendiri terutama dari segi seni bina.

“Pembuatan daripada kayu dan reka bentuk seperti rumah yang mempunyai serambi ini menyerlahkan lagi keistimewaannya.

“Disebabkan masjid ini unik dan memaparkan ciri tradisional, ia diletakkan oleh Kerajaan Selangor di bawah pemantauan Muzium Negeri sebagai Harta Warisan Negara,” katanya.

myMetro 31 Jan 2016

0 comments:

Post a Comment