January 5, 2016

Warga emas terjun balkoni

Kuala Lumpur: Seorang warga emas berusia 71 tahun maut selepas terjun dari tingkat 10 PPR Desa Tun Razak, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mangsa dikatakan terjun dari balkoni hadapan rumahnya di pangsapuri itu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

"Mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), di sini.

"Siasatan di lokasi kejadian tidak menunjukkan sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

myMetro 4 January 2016

0 comments:

Post a Comment