January 23, 2016

Warga emas ditembak tiga das

PONTIAN – Pantang ajal sebelum maut. Itu berlaku kepada seorang warga emas yang cedera parah terkena tiga das tembakan dari jarak dekat dilepaskan seorang lelaki tidak dikenali di hadapan rumahnya di Taman Te­ratai, Pekan Nanas dekat sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 1 pagi itu, mang­sa, lelaki berusia 61 tahun itu cedera parah pada dada dan lengan kiri akibat terkena tiga das tembakan yang dilepaskan oleh suspek dipercayai akibat dendam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Pemangku Superintendan Zakaria Abdul Rahman (gambar kecil) berkata, sebelum kejadian mangsa yang bekerja sendiri itu baru sahaja pulang ke rumah selepas keluar minum bersama rakan-rakannya di Jalan Sawah, Pekan Nanas di sini.

Kosmo 23 Jan 2016

0 comments:

Post a Comment