January 22, 2016

Wanita maut digilis treler

Anggota bomba mengangkat mayat Fatimah, 52, selepas digilis treler di Jalan Batu Pahat-Pontian, berhampiran Kampung Perpat, Rengit. - Foto Ihsan Bomba

Johor Baharu: Seorang pembantu kedai roti maut digilis treler selepas terjatuh dari basikal ditunggangnya dalam kemalangan di Km 96 Jalan Besar Parit Perpat, Rengit dekat Batu Pahat, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan K S Mender Singh, berkata kejadian pada pukul 1.10 tengah hari itu menyebabkan mangsa, Fatimah Bakran, 52, dari Kampung Sungai Tongkang Tembok, Rengit, meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila treler dipandu Razali Taibon, 41, dari arah simpang jalan menghala ke Senggarang sedang membelok sebelum basikal ditunggang Fatimah dari arah bertentangan terlanggar treler berkenaan," katanya yang dihubungi di sini.

Mender berkata, akibat pelanggaran itu, Fatimah terjatuh dari basikalnya lalu digilis tayar hadapan sebelah kanan treler.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk bedah siasat.

Menurutnya, Razali yang berasal dari Parit Saidi, Senggarang, tidak cedera namun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. - BERNAMA

myMtero 21 Jan 2016




0 comments:

Post a Comment