January 14, 2016

Wanita Jepun cedera diragut



Rakaman kamera litar tertutup wanita Jepun diragut penunggang motosikal di depan pintu utama pusat membeli belah di Bangsar, semalam.

Kuala Lumpur: Wanita warga Jepun cedera selepas diragut lelaki bermotosikal di depan pintu utama pusat membeli belah di Bangsar, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6.55 petang itu, mangsa yang berusia 37 tahun itu berada di kawasan parkir di depan di pintu utama premis berkenaan bersendirian.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Shahrul Othman Mansor berkata, ketika berjalan ke keretanya beg tangan mangsa diragut seorang lelaki yang menunggang motosikal Yamaha LC 135 sehingga mangsa terjatuh.

Katanya, mangsa cedera di lengan kiri dan paha dan tidak dapat mengecam wajah suspek kerana memakai topi keledar berpenutup penuh.

"Berdasarkan siasatan mangsa kerugian kira-kira RM3,000 kerana beg tangannya mengandungi kad ATM, kad kredit dan pelbagai kad lain serta sejumlah wang tunai. Siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya.

myMetro 13 Jan 2016


0 comments:

Post a Comment