January 11, 2016

Wanita Filipina didakwa perdagang budak

Johor Bahru: Seorang wanita warga Filipina mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan memperdagangkan seorang kanak-kanak perempuanberasal dari Sabah antara 2011 hingga 2013.

Tertuduh, Estrellita Tabanao Padilla, 54, didakwa memperdagangkan seorang kanak-kanak yang ketika itu berusia 12 tahun bagi maksud eksploitasi dengan cara melakukan aktiviti buruh paksa.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di No 15, Jalan Jayamas 9, Taman Jaya Mas di sini, antara 15 Januari 2011 hingga 17 Mei 2013.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Norashikin Ibrahim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi tidak membenarkan sebarang ikat jamin diberikan kepada tertuduh dan menetapkan 15 Februari ini untuk sebutan semula kes.

myMetro 10 Jan 2016

0 comments:

Post a Comment