January 27, 2016

Usaha pencarian mangsa lemas diiktiraf

ENAM wira Belukar Bukit bersama sijil masing-masing selepas mereka diberi penghargaan atas jasa dan keberanian membantu pihak bomba. FOTO Syahirah Abdullah

Kuala Terengganu: Enam wira Belukar Bukit terima sijil penghargaan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu sempena majlis Perbarisan Tahunan JBPM, di sini, hari ini.

Sijil penghargaan berkenaan disampaikan Pengarah JBPM Terengganu, Penolong Penguasa Bomba Azlimin Mat Noor.

Keenam-enam mereka itu adalah Razak Ahmad, 41; Mohd Nazeri Mat Sharif, 36; Abdul Rudzai Hussin, 45; Zanuddin Othman, 30; Mat Nawang Othman, 33, dan Muhammad Haziq Ikram, 17.

Penghargaan itu diberikan kerana mereka sanggup menggadaikan nyawa sendiri dan keberaniaannya membantu mencari mayat lima beranak lemas di Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu pada 19 Disember tahun lalu.

Pada 16 Januari lalu, Harian Metro melaporkan kisah mengenai keberanian kumpulan terbabit yang mencari mayat hilang di kawasan air terjun terbabit.

myMetro 25 January 2016



0 comments:

Post a Comment