January 11, 2016

Tingkat dua surau terbakar

Anggota bomba memadamkan kebakaran tingkat dua surau yang terbakar. FOTO Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Tingkat dua surau dua tingkat di Kem Sunggala, dekat sini, yang digunakan untuk mesyuarat dan kuliah agama terbakar 40 peratus, 1.40 tengah hari tadi.

Difahamkan, kebakaran disedari anggota tentera yang kebetulan melalui kawasan itu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang,Sabarudin Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.53 tengah hari sebelum tujuh anggota bomba dengan sebuah jentera ke lokasi.

"Kami tiba di lokasi 20 minit kemudian. Api berjaya dipadamkan daripada merebak ke bahagian lain.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan," katanya.

myMetro 10 Jan 2016



0 comments:

Post a Comment