January 2, 2016

Tiga polis cedera dirempuh mat rempit

ANGGOTA polis terlibat dalam kemalangan ketika Ops Rempit. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal

Georgetown: Tiga anggota polis termasuk seorang anggota wanita cedera selepas dirempuh sekumpulan mat rempit yang cuba melarikan diri dalam operasi samseng jalanan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, awal pagi tadi.

Operasi membabitkan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Cawangan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) kira-kira 4 pagi itu tertumpu di Lebuhraya Tun Dr Lim Chg Eu berhampiran The Light dan susur masuk Jambatan Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, dua anggota lelaki berusia 24 dan 43 tahun serta anggota wanita berusia 30 tahun itu melakukan sekatan jalan raya dan ketika kejadian mereka menahan sekumpulan penunggang motosikal.

"Secara tiba-tiba ada penunggang dari kumpulan terbabit merempuh ketiga-tiga anggota terbabit dan penunggang lain.

"Dua anggota cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Pulau Pinang (HPP) manakala seorang ditahan di wad kerana kecederaan agak serius termasuk patah kaki kiri," katanya ketika dihubungi, hari ini.

myMetro 1 Jan 2016




0 comments:

Post a Comment