January 21, 2016

Tiga maut nahas dua kenderaan

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan. FOTO ihsan Bomba

Georgetown: Tiga termasuk seorang wanita maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Tetembok menghala ke Jalan Masjid Negeri di sini, pagi tadi.

Kejadian 3.15 pagi itu membabitkankenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton dipandu seorang lelaki menghala ke Jambatan Pulau Pinang terbabas dan merempuh kereta Perodua Myvi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu Perodua Myvi Muhammad Syaril Azzim Mohd Sabuki, 25, dan penumpang depan, Nurfaizneey Kamaruzzaman, 25, manakala seorang lagi penumpang kereta berkenaan parah.

Turut maut pemandu Mitsubishi Triton Tai Lai Keat, 38.

Beliau berkata, siasatan mendapati Muhammad Syaril dan Nurfaizneey maut di tempat kejadian manakala Lai Keat meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Pulau Pinang (HPP).

myMetro 21 Jan 2016



0 comments:

Post a Comment