January 31, 2016

‘Tiga bulan dah anak saya hilang’


Narizam (hadapan) menunjukkan laporan polis mengenai kehilangan Rosemawati, semalam. Gambar kecil: Rosemawati.

KOTA BHARU - Risau memikirkan anak hilang hampir tiga bulan lalu, seorang ibu tunggal tampil mencari anak sulung perempuannya yang hilang sejak Hari Deepavali tahun lalu.

Ibunya, Narizam Saleh, 60, berkata, anak perempuannya yang juga merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai dua anak, Rosemawati Mat Zain, 38, dikatakan hilang dari rumah kira-kira jam 4 pagi malam perayaan berkenaan.

“Ketika dia hilang, adiknya nampak dia keluar dan hilang dari pandangan dan ketika itu ada orang datang ambilnya di hadapan rumah.

“Anak makcik lurus dan buta huruf sebab tidak pernah bersekolah, tetapi dia boleh menulis namanya sendiri. Sebagai ibu siang malam makcik menangis mengingatinya terutama hal keselamatan dirinya,” dakwanya yang menjaga kedua-dua cucu, anak kepada Rosemawati, semalam.

Dua cucu tersebut, Siti Nur Ain Abdullah, 14 dan Mohd Shahrul Azhar, 10, dijaganya sejak kecil setelah Rosemawati berpisah dengan suaminya.

Narizam berkata, seminggu selepas kehilangan Rosemawati, mereka boleh berhubung dan anaknya memberitahu dia menjadi pembantu kedai makan dengan gaji RM25 sehari, juga tinggal di rumah sewa beramai-ramai.

“Apabila makcik tanya dia tinggal di mana, dia kata dia tidak tahu kerana tidak boleh membaca dan makcik memang dengar ramai suara dan seolah-olah dalam ketakutan untuk beritahu di mana dia berada semasa dia angkat telefon.

“Makcik berdoa ada orang yang pernah nampak atau mengenali atau majikannya dapat menghubungi keluarga kami memandangkan makcik rasa kesihatan diri sudah merosot,” dakwanya yang mempunyai sembilan anak.

Narizam berkata, mereka yang ternampak Rosemawati boleh menghubunginya di talian 017-9789264 atau anak lelakinya, Mohd Khairul Hazwat di talian 014-8428230 atau ke kediamannya Lorong Pak Da Wail, Belakang Kedai Makan Wan Murni, Jalan Bayam, di sini.

Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, semalam.

Sinar Harian 31 Jan 2016

0 comments:

Post a Comment