January 27, 2016

'Tersangkut' 30 along


Kuala Lumpur: “Saya langsung tidak boleh melihat tempat atau kedudukan tinggi. Dalam hati, saya nekad untuk naik dan terjun kerana mungkin inilah jalan penyelesaian masalah saya.

“Perniagaan yang saya usahakan selama beberapa tahun ini mula menghadapi masalah kerana fokus saya lebih terarah kepada bagaimana mahu menjelaskan hutang along. Sedar tak sedar, saya sudah bayar lebih daripada jumlah asal pinjaman,” kata Ruzman, 40-an, ahli perniagaan yang kini hidup tertekan akibat masih diburu ceti haram.

Katanya, dia meminjam RM200,000 hujung tahun lalu untuk menyelesaikan masalah kewangan syarikat dan pada peringkat awal semuanya berjalan lancar sehinggalah dia terbabit dengan 30 along serentak.

Menurutnya, dia menggunakan modal syarikatnya untuk melunaskan hutang along yang mendesaknya untuk membuat bayaran secara mingguan, malah langsung tidak mahu bertolak ansur sekiranya bayaran lewat dibuat.

“Setiap minggu saya masukkan wang antara RM5,000 hingga RM15,000 untuk seorang along dan ada antara mereka mendesak supaya bayaran dibuat selepas tiga hari.

myMetro 27 January 2016

0 comments:

Post a Comment