January 18, 2016

Terkandas dalam gerabak

FOTO sumbangan pembaca Harian Metro

Nilai: Lebih 100 penumpang kereta api terkandas tiga jam berikutan berlaku kerosakan berkaitan kabel elektrik di Kilometer 429.349, dekat Stesen Komuter Batang Benar, di sini, hari ini.

Kebanyakan penumpang adalah mereka yang hendak ke Kuala Lumpur dari Seremban dan berlaku pada 7.30 pagi.

Mereka terperangkap dalam gerabak itu tetapi penumpang kemudiannya dibantu keluar dan terpaksa mendapatkan perkhidmatan awam lain untuk ke destinasi mereka.

KTMB dalam kenyataan kepada media, berkata stesen yang terbabit dengan gangguan adalah Bangi, Batang Benar, UKM dan Kajang.

Oleh itu, perkhidmatan KTM komuter bagi laluan Batu Caves-Seremban akan tamat di Kajang manakala laluan Seremban-Batu Caves tamat di Batang Benar.

Perkhidmatan bagi laluan Seremban-Batu Caves dijangka pulih pada kira-kira 6 petang ini.

Laluan Batu Caves-Seremban pula dijangka pulih semula pada kira-kira 7 pagi esok.

Kerja baik pulih sedang dijalankan oleh kakitangan KTMB. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-22671200.

myMetro 16 Jan 2016




0 comments:

Post a Comment