January 1, 2016

`Terjun ikut dapur'

IHSAN Polis Diraja Malaysia

Kuala Lumpur: Lelaki warga Myanmar berusia 41 tahun ditemui mati di lereng bukit, dekat Apartment Cheras Ria, kira-kira 7.55 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin, berkata maklumat awal diterima anggota di Balai Polis Taman Segar.

Katanya, dia menerima panggilan pasukan paramedik Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Katanya, sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan soal siasat ke atas anak mangsa mendapati bapanya terjun melalui bahagian dapur dan ditemui kaku di lereng bukit dekat blok kediaman itu.

"Mangsa dikenalpasti sebagai Dongh Khan Cin, 41, lelaki warga Myanmar. Mayatnya dihantar ke PPUKM," katanya.

myMetro 31 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment