January 21, 2016

Tergolek dalam longkang

MANGSA maut akibat terjatuh di dalam longkang setinggi 3 kaki di Jalan USJ 12/1.

Subang Jaya: Terlalu memikirkan masalah keluarga menyebabkan seorang lelaki maut selepas terjatuh ke dalam longkang konkrit sedalam lebih dua meter di Jalan USJ 12/1 di sini.

Dalam kejadian jam 6 petang kelmarin, mangsa, M Saravanan, 47, berjalan kaki berseorangan di kawasan berkenaan sebelum terjatuh dan disedari orang awam.

Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.17 petang daripada orang awam yang menyaksikan kejadian itu.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dan penyelamat Subang Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kami dapati mangsa berada dalam keadaan tertiarap di dalam longkang berkenaan,” katanya, semalam.

Menurut saksi, dia melihat mangsa berjalan dalam keadaan seperti hilang arah tuju sebelum terjatuh.

Katanya, mangsa parah di kepala dan leher akibat terhantuk pada dinding konkrit longkang dan mayatnya dihantar ke Hospital Serdang,” katanya,

myMetro 21 Jan 2016



0 comments:

Post a Comment