January 11, 2016

Tengah hari yang mendebarkan

Kuala Lumpur: Pengarah filem berusia 29 tahun berdepan detik mencemaskan apabila tiba-tiba dikepung dua penunggang motosikal sebelum kereta dipandu diketuk dan dikejar dalam kejadian di Lebuhraya Kesas, semalam

Dalam kejadian 12.20 tengah hari itu, mangsa yang memandu kereta menghala ke pusat bandar diekori dua lelaki yang menunggang dua motosikal.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisoner Sharul Othman Mansor berkata, dua penunggang motosikal itu berada di kiri dan kanan dan mangsa turut mendengar mereka mengetuk keretanya sebelum dia bertindak memecut ke arah Tol Awan Besar.

"Penunggang motosikal itu mengejar mangsa sehingga ke Sungai Besi sebelum seorang daripada mereka mengambil gambar kereta dinaiki mangsa.

"Berikutan kejadian itu, mangsa terus membuat laporan di balai polis berhampiran dan polis kini mengesan dua suspek warga tempatan berkenaan," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

myMetro 10 January 2016


Sudah ditahan

Kuala Lumpur: Dua lelaki berusia 21 dan 25 tahun ditahan selepas seorang pengarah filem berusia 29 tahun membuat laporan polis dia dikepung, kereta dipandu diketuk dan dikejar oleh dua penunggang motosikal di Lebuhraya Kesas, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisoner Sharul Othman Mansor berkata, tangkapan dilakukan hasil petunjuk daripada rakaman video dan gambar daripada telefon bimbit mangsa.

Katanya, hasil temubual yang dijalankan suspek mengaku berbuat demikian kerana marah dengan sikap lelaki itu yang didakwa memandu laju dan merbahaya sehingga hampir melanggar mereka.

"Anggota sedang mengesan motosikal yang digunakan suspek dalam kejadian itu.

"Suspek ditahan dilokap Jinjang dan akan memohon direman esok,"katanya.

Menurut Sharul, kes disiasat mengikut Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

myMetro 11 January 2016

0 comments:

Post a Comment