January 18, 2016

Tembak kepala di depan hotel

Mayat mangsa yang tersandar pada dinding selepas ditembak sebaik keluar dari sebuah hotel petang tadi. - Foto Ihsan Pembaca

Kuala Lumpur : Seorang ahli perniagaan yang juga pelanggan tetap sebuah hotel di Kawasan Industri NSK, Jalan Kuchai Lama, di sini, mati ditembak petang tadi.

Dalam kejadian kira - kira jam 6 petang itu mangsa berusia 54 tahun berasal dari Mentakab, Pahang, ditembak satu das dari jarak dekat di kepalanya sebaik keluar dari hotel yang didiaminya sejak tiga hari lalu.

Beberapa saksi mendakwa suspek yang memakai topi keledar berpenutup penuh kemudian melarikan diri dengan motosikal selepas menembak mangsa.

Mangsa disahkan mati di tempat kejadian akibat kecederaan serius di kepala.

Polis masih menyiasat termasuk motif lelaki berkenaan dibunuh.

myMetro 17 Jan 2016





0 comments:

Post a Comment