January 18, 2016

Tangan kanan hampir putus

SEBERANG PERAI – Seorang pekerja kilang warga Bangladesh cedera parah pada badan manakala tangan kanannya hampir putus akibat ditetak dengan parang dalam kejadian samun berdekatan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mak Mandin, Butterworth di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mangsa berusia 29 tahun dikatakan sedang berjalan seorang diri untuk pulang ke rumahnya di belakang sekolah terbabit sebelum dihampiri lima lelaki.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Azmi Adam berkata, ketika kejadian, mangsa dikatakan baru selesai membeli barangan dapur di sebuah kedai berdekatan.

Kosmo 17 Jan 2016

0 comments:

Post a Comment