January 31, 2016

Suspek peragut cedera dibelasah

Kajang: Lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital apabila dibelasah orang ramai selepas dikatakan meragut wanita di hadapan Pasar Semenyih, di sini, kira-kira 8.30 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, suspek berusia 38 tahun bersama rakannya dikatakan menunggang motosikal sebelum meragut beg tangan wanita yang dalam perjalanan ke pasar.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Willey Richard berkata, bagaimanapun anak mangsa yang turut menyaksikan kejadian itu bertindak mengejar suspek bersama beberapa orang awam yang lain sebelum seorang suspek ditahan.

"Rakan jenayah suspek sempat melarikan diri manakala suspek ditahan orang ramai," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, ekoran kejadian itu suspek kini dirawat di Hospital Kajang selepas mengalami kecederaan dipercayai dipukul orang awam selepas dia ditahan.

myMetro 31 Jan 2016

0 comments:

Post a Comment