January 27, 2016

Suami pukul isteri guna gitar


Kajang: Kerani berusia 20 tahun cedera di belakang badan dipukul dengan gitar oleh suaminya yang berang selepas melihat wanita itu menghantar mesej kepada seorang lelaki menggunakan aplikasi WeChat di rumah mereka, di Kampung Sungai Buloh, Semenyih, semalam.

Dalam kejadian 7.30 malam, lelaki berusia 19 tahun itu menuduh isterinya curang sebelum mereka bertengkar dan berlaku pergelutan antara mereka.

Lelaki terbabit kemudian mengambil gitar miliknya dan memukul belakang badan isterinya menggunakan gitar itu.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, wanita itu membuat laporan polis sejurus kejadian.

"Suami wanita itu kemudian ditahan. Hasil ujian air kencing mendapati lelaki terbabit positif dadah jenis syabu.

"Suspek dibawa ke balai polis dan direman sehingga 28 Januari ini untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata," katanya.

myMetro 26 January 2016

0 comments:

Post a Comment