January 31, 2016

Kelindan maut, tiga cedera parah

KEADAAN kepala lori kontena yang rosak teruk selepas dirempuh sebuah bas ekspres hingga mengakibatkan seorang kelindan maut di Kilometer 119.5 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Yong Peng semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang kelindan maut manakala tiga lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan sebuah lori kontena dan sebuah bas ekspres di Kilometer 119.5 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Yong Peng awal pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 5.20 pagi itu, Muhammad Akid Luqman Zulkifli, 19, dari Taman Sri Pinang, Klang, Selangor mening­gal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, tiga mangsa yang cedera parah ialah pemandu lori, Koh Guan Siong, 39, bersama seorang lagi kelindannya dan seorang pemandu bas yang belum dikenalpasti identitinya.

Katanya, kemalangan itu turut melibatkan seramai lima penumpang bas ekspres itu, namun hanya tiga daripadanya cedera ringan manakala yang lain selamat.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila lori bersama dua kelindan itu yang dari menghala ke selatan gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke kiri sebelum bergesel dengan besi penghadang jalan dan terbalik di tengah jalan.

Kosmo 31 Jan 2016

0 comments:

Post a Comment