January 18, 2016

Semua selamat dalam kemalangan 8 kenderaan

IHSAN Bomba dan Penyelamat

Tapah: Lima cedera manakala 14 lagi terselamat dalam kemalangan membabitkan lapan kenderaan di KM330 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini, 1.30 petang.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Tapah, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian, pada 1.38 petang.

“Kemalangan membabitkan lima kereta, masing-masing satu 4WD, treler dan lori. Namun, semua mangsa semua sudah dikeluarkan sebelum bomba tiba,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, operasi pemantauan dilokasi kejadian selesai pada 3.15 petang.

myMetro 16 Jan 2016



0 comments:

Post a Comment