January 18, 2016

Sabarlah diuji Tuhan

SULTAN Ibrahim melawat kediaman yang musnah dalam kebakaran.

Segamat: “Ia satu penghargaan kepada kami di atas keprihatinan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar turun padang meninjau masalah rakyat,” kata Mohd Nor Hussain, 61, mangsa kebakaran rumah di Felda Pemanis 1 di sini, pada Ahad lalu.

Mohd Nor bertuah apabila Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar semalam berkenan mencemar duli meluangkan masa kira-kira sejam serta menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarganya yang hilang tempat berteduh.

Baginda yang tiba kira-kira jam 10 pagi meluangkan masa bersama penduduk setempat.

Mengulas lanjut, katanya, dia menjunjung setinggi-tinggi penghargaan di atas keprihatinan Sultan Ibrahim yang sudi menghulurkan sumbangan peribadi.

“Saya juga bersyukur apabila pelbagai pihak dan pengurusan Felda berjanji akan membina semula kediaman kami yang musnah di tapak sama dalam masa terdekat.

myMetro 17 Jan 2016





0 comments:

Post a Comment