January 11, 2016

Rumah terbakar ketika berehat


Forensik bomba melakukan siasatan di rumah yang terbakar. FOTO Zairee Mohd Yasak

Melaka: Rumah didiami lapan pekerja warganegara Bangladesh di Jalan Pokok Mangga, di sini, musnah dalam kebakaran 12.45 tengah hari tadi.

Seorang daripada mangsa, Mintu Muhamad Banu, 44, berkata, sebelum kejadian dia berehat di dalam rumah selepas mandi manakala seorang lagi rakannya tidur di bilik sebelah.

"Enam lagi rakan berehat di luar rumah selepas makan tengah hari, sebelum saya menyedari api mula marak dari bilik.

"Saya kemudian mencapai beg mengandungi pasport dan dokumen penting sebelum mengejutkan rakan yang sedang tidur dan menyelamatkan diri," katanya.

Katanya, dia mengalami kerugian sekurang-kurangnya RM2,000 selepas barang kemas baru dibeli yang hendak dihantar kepada keluarga di kampungnya gagal diselamatkan.

myMetro 10 January 2016



0 comments:

Post a Comment