January 11, 2016

Rugi RM700,000 bot nelayan hangus

KEADAAN bot nelayan yang dijilat api. FOTO ihsan bomba

Sabak Bernam: Seorang nelayan kerugian RM700,000 selepas bot miliknya musnah dalam kebakaran di Bagan Sungai Besar, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, bot yang berada kira-kira 10 meter dari jeti itu didapati terbakar oleh beberapa penduduk sebelum menghubungi pihak bomba.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan pada 1.22 pagi dan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar dikejarkan ke tempat kejadian.

"Ketika tiba di tempat kejadian, kira-kira 80 peratus bot berkenaan sudah terbakar dan api hanya berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 3.37 pagi dengan bantuan dua bot nelayan.

"Punca kebakaran masih belum dikenalpasti dan pemilik bot berkenaan sudah membuat laporan polis," katanya.

myMetro 10 Jan 2016



0 comments:

Post a Comment